mcmc
Maklumat PEDi

Maklumat NADI

IMG-20241007-WA0004.jpg

          

   Pada 21 November 2021 kerajaan telah melancarkan Pusat Ekonomi Digital(PEDi) yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Bandar Bera, Pahang. Sebelumnya PEDi dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti (PIK) dan dahulunya juga dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang merupakan inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama dan penyeliaan oleh Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Program Pusat Internet Komuniti dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PIK ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. Projek PIK merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu Projek Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL).

       Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Darul Islam Belimbing yang merupakan salah satu daripada pusat ekonomi yang telah ditubuhkan pada tahun 2016 yang beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan dibuka kepada pengguna bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang setiap hari bermula pada hari Isnin hingga Ahad. Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus yang telah di lantik sebagai petugas NADI.

     Menerusi NADI, kerajaan berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia berkeupayaan menggunakan Teknologi Informasi Dan Komunikasi (ICT). Pelbagai program latihan yang berteraskan ICT telah dianjurkan di setiap NADI di seluruh negara. Hal ini kerana kerajaan berpendapat bahawa melalui program ini juga mereka dapat membantu meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat terutamanya penduduk luar bandar. Misalnya Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang turut diperkenal semasa pembentangan belanjawan 2013. Dimana program ini bertujuan membantu lebih 50 000 usahawan mikro untuk menjalankan perniagaan atas talian. Terdapat pelbagai lagi program yang berkaitan telah dirancang yang bakal dilaksanakan oleh NADI. Antaranya ialah Program Klik Dengan Bijak, 1 Citizen, Intel Learn Program selain daripada penyediaan internet dalam kadar bayaran yang rendah.

KENALI PETUGAS (NADI)

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

Antara perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Darul Islam Belimbing adalah:

i. Latihan ICT percuma kepada pengguna (Ahli NADI berdaftar)
ii. Latihan Keusahawanan (Ahli NADI berdaftar)
iii. Akses Internet
iv. Fotokopi, mencetak, pengimbas (scanning), binding, laminating
v. Peminjaman peranti Tablet (Dalam dan Luar NADI)
vi. Menaip surat/kad jemputan
vii.Mengemaskini Bantuan Kerajaan (STR), pendaftaran dan mengemaskini (SPA9i,Erecruitment,dll)

JUMLAH KEAHLIAN NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Darul Islam Belimbing telah membuka keahlian kepada komuniti setempat sejak mula beroperasi pada 15 Jun 2016. Ramai yang telah mendaftar diri sebagai ahli NADI Kg Darul Islam Belimbing bagi mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :

AHLI LAMA

530

AHLI BARU (April 2025)

5

KESELURUHAN AHLI NADI

(setakat April 2025)

535

Emel petugas NADI adalah seperti berikut Pengurus NADI (fatmawati@pedi.my) dan Penolong Pengurus NADI (noor.fajila@pedi.my). Pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan tentang aktiviti semasa yang dianjurkan oleh NADI  dengan melayari portal NADI Kg Darul Islam Belimbing dan media sosial di alamat berikut :

Portal          : http://kgdarulislambelimbing.nadi,my

FB Page      https://www.facebook.com/NADIKgDarulIslamBelimbing