mcmc
Kisah KejayaanNADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI

KISAH KEJAYAAN 2025 (NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI)

Nama Peserta / Umur : Ruka Bin Morshidi /62 Tahun
Alamat : Kampung Darul Islam Belimbing, Jalan Padawan 94200 Kuching, Sarawak.
  • Encik Ruka telah berkongsi pengalaman positifnya mengikuti program saringan kesihatan kendiri di NADI. Sebelum ini, beliau  jarang memantau keadaan kesihatan sendiri kerana kesibukan kerja harian. Namun selepas melihat hebahan tentang pemeriksaan kesihatan kendiri di NADI, beliau tekad untuk mencuba.
  • Selepas mengikuti program ini, beliau kini mula lebih peka terhadap kesihatannya. Beliau sering melakukan ujian Kesihatan ini secara berkala untuk memantau tekanan darah, kesihatan gula dan lebih aktif bersenam. Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Kendiri di  NADI ini telah  benar-benar membantu beliau dalam membuat perubahan yang positif terhadap tahap kesihatannya.